Friday 20 September 2019

BBM3410Satu2019:DIRI

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Nama diberi Nur Zulfatul Fatini Binti Zulkifle. Saya merupakan anak sulung daripada keluarga Encik Zulkifle dan Puan Fadzilah. Saya mempunyai tiga orang adik beradik. Saya berasal daripada Pulau Pinang dan menetap di Seri Iskandar, Perak. Saya berumur 23 tahun. Saya lahir pada tanggal 3 September 1996.

Pada tahun 2016, saya telah berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia. Saya merupakan pelajar Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Impian saya apabila dapat melanjutkan pelajaran di sini adalah untuk memperolehi segulung ijazah kelas pertama.

Saya mempunyai cita-cita yang telah lama diimpikan iaitu ingin menjadi seorang guru. Inshaa Allah selepas habis pengajian ijazah ini saya ingin melanjutkan pelajaran saya ke peringkat Master dengan mengambil kos pendidikan. Hobi saya pada masa terluang adalah membaca novel. Antara karya yang saya minat ialah karya seorang penulis iaitu Ramli Awang Murshid. Novel-novelnya yang bersifat "thriller" dan mistik membuatkan pembaca berfikir semasa membaca novel tesebut.

Setiap manusia mempunyai warna kegemaran mereka, bagi saya warna kegemaran saya adalah warna ungu. Hal ini kerana, warna tersebut memberikan saya ketenangan.


No comments:

Post a Comment

GAMBAR BERSAMA KALENDAR

1. Muka hadapan kalendar 2. Bulan Januari 3. Bulan Februari 4. Bulan Mac 5. Bulan April 6. Bulan M...