Wednesday, 27 November 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


 Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Buku ini menceritakan tentang teori serta aplikasi dalam bentuk penyelidikan yang dilakukan termasuk dengan kajian lirik lagu, cerita, ujaran dan interaksi dalam perbualan. Buku ini merangkumi sebanyak 7 bab. Bab 1 menceritakan tentang kajian wacana. Bab 2 menceritakan tentang teori dan pendekatan wacana. Bab 3 pula menceritakan tentang analisis wacana tekstual dan ujaran. Bab 4 menceritakan strategi komunikasi. Bab 5 menceritakan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Bab 6 menceritakan tentang analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Bab 7 cadangan kajian akan datang.

Bab 1 menekankan tentang wacana. Terdapat pelbagai bentuk wacana antaranya ialah wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Wacana juga mengandungi sistem komunikasi antara dua atau lebih orang. Hawthorn (1992), mengemukakan definisi  wacana sebagai komunikasi kebahasaan yang dilihat sebagai pertukaran antara pembicara dan pendengar dengan mengambil kira tajuk perbincangan dan persekitaran. Bab 2 ini mempunyai lima teori iaitu teori analisis wacana Brown&Yule (1983),  teori analisis wacana Stubbs (1983), teori analisis wacana kritis (Vandijk,1977), pendekatan analisis wacana Normaliza Abd Rahim (2018b), teori analisis wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018d).

Bab 3 menerangkan tentang kajian analisis wacana meliputi tiga kajian iaitu wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autism. Bab 4 pula menerangkan tentang strategi komunikasi sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk mengutarakan atau memevahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam situasi ketika peraturan sistematik bahasa sasaran belum dibentuk. Bab 5 menceritakan tentang strategi komunikasi mempunyai lima elemen dalam strategi komunikasi iaitu pengelakan,parafrasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan mimikan. Bab 6 menerangkan tentang kajian yang dilakukan terhadap sepuluh pelajar sekolah rendah berumur 11 dan 12 tahun di Selangor. Bab 7 pula menekankan tentang cadangan untuk membuat kajian lain yang berkaitan dengan kajian wacana dan strategi komunikasi iaitu kajian tentang bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik dan media sosial.


Implikasi buku ini, ialah pembaca dapat memahami apa itu wacana dengan lebih jelas dan pembaca dapat memahami setiap teori yang digunakan dalam buku ini.

Hawthorn, J. (1992). A Concise Glossary of Contemporary Literary Theory. London:Edward Arnold

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Harga Buku: RM20

Friday, 1 November 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)



Flat Lay Individu

Assalammualaikum dan hai semua..
Meh like, view dan subscribe video saya ini yang masih lagi bertatih belajar subjek Multimedia dalam bahasa ☺️

Terima kasih semua 🥰





GAMBAR BERSAMA KALENDAR

1. Muka hadapan kalendar 2. Bulan Januari 3. Bulan Februari 4. Bulan Mac 5. Bulan April 6. Bulan M...