Buku
ini menceritakan tentang teori serta aplikasi dalam bentuk penyelidikan yang
dilakukan termasuk dengan kajian lirik lagu, cerita, ujaran dan interaksi dalam
perbualan. Buku ini merangkumi sebanyak 7 bab. Bab 1 menceritakan tentang
kajian wacana. Bab 2 menceritakan tentang teori dan pendekatan wacana. Bab 3
pula menceritakan tentang analisis wacana tekstual dan ujaran. Bab 4 menceritakan
strategi komunikasi. Bab 5 menceritakan tentang taksonomi dan pendekatan
strategi komunikasi. Bab 6 menceritakan tentang analisis strategi komunikasi
dalam kalangan kanak-kanak. Bab 7 cadangan kajian akan datang.
Bab
1 menekankan tentang wacana. Terdapat pelbagai bentuk wacana antaranya ialah
wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Wacana juga mengandungi
sistem komunikasi antara dua atau lebih orang. Hawthorn (1992), mengemukakan definisi wacana sebagai komunikasi kebahasaan yang
dilihat sebagai pertukaran antara pembicara dan pendengar dengan mengambil kira
tajuk perbincangan dan persekitaran. Bab 2 ini mempunyai lima teori iaitu teori
analisis wacana Brown&Yule (1983), teori
analisis wacana Stubbs (1983), teori analisis wacana kritis (Vandijk,1977),
pendekatan analisis wacana Normaliza Abd Rahim (2018b), teori analisis wacana
(Normaliza Abd Rahim, 2018d).
Bab 3 menerangkan tentang kajian
analisis wacana meliputi tiga kajian iaitu wacana tekstual lirik lagu, wacana
tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autism. Bab 4 pula
menerangkan tentang strategi komunikasi sebagai percubaan sistematik oleh
pelajar untuk mengutarakan atau memevahkan kod dalam bahasa sasaran, dalam
situasi ketika peraturan sistematik bahasa sasaran belum dibentuk. Bab 5 menceritakan
tentang strategi komunikasi mempunyai lima elemen dalam strategi komunikasi
iaitu pengelakan,parafrasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan
mimikan. Bab 6 menerangkan tentang kajian yang dilakukan terhadap sepuluh
pelajar sekolah rendah berumur 11 dan 12 tahun di Selangor. Bab 7 pula
menekankan tentang cadangan untuk membuat kajian lain yang berkaitan dengan
kajian wacana dan strategi komunikasi iaitu kajian tentang bahasa isyarat,
bahan bercetak dan bahan elektronik dan media sosial.
Implikasi buku ini, ialah pembaca dapat memahami apa itu wacana dengan lebih jelas dan pembaca dapat memahami setiap teori yang digunakan dalam buku ini.
Hawthorn, J. (1992). A Concise Glossary of Contemporary Literary Theory. London:Edward Arnold
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Harga Buku: RM20
No comments:
Post a Comment