Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial
Eh!!!
Media Sosial merupakan buku yang mengajar tentang bagaimana ingin menggunakan
sesuatu media sosial. Buku ini mengandungi lapan bab keseluruhannya. Pada bab pertama membincangkan tentang media
sosial: gambaran keseluruhan. Bab ini menghuraikan tentang mengapa media sosial
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dan etika dalam media
sosial. Terdapat 10 etika dalam media
sosial menurut (Normaliza Abd Rahim,2014). Pada bab ini juga menekankan bahawa
media sosial dilihat sebagai sebuah medium berguna yang bolehdigunakan untuk
berkongsi sumber dalam kelas, berita dan kerja serta menggalakkan penglibatan
pelajar.
Seterusnya,
pada bab dua buku ini menerangkan tentang Twitter dan trend terkini. Pada bab
ini juga terdapat kajian yang dilakukan ke atas aplikasi Twitter ini. Terdapat beberapa
orang yang mengkaji tentang Twitter ini antaranya ialah Bicen & Cavus
(2012), Borau, Ullrich, Feng & Shen (2009) dan lain-lain lagi. Bab dua ini
juga menunjukkan tentang cara-cara membuat Twitter. Pada bab tiga pula, buku ini
membincangkan tentang Facebook masih digunakan. Terdapat lebih 10 orang yang
telah membuat kajian tentang aplikasi Facebook ini. Bab empat pula menerangkan
tentang Instagram menyeronokkan. Dalam kajian
Instagram ini terdapat 10 orang yang telah mengkaji tentangnya.
Selain
itu, bab lima pada buku ini menceritakan E-mel masih popular pada masa ini. Dalam
bab ini juga mengajar pembaca tentang cara-cara membuat akaun email. Manakala tajuk
blog di dalam kelas bahasa merupakan tajuk pada bab keenam dalam buku ini. Seterusnya
pada bab tujuh, isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna merupakan
tajuk yang ditekankan dan dibincangkan. Bab kelapan merupakan bab yang terakhir
pada buku ini. Tajuknya ialah implikasi pedagogi. Media sosial memainkan
peranan yang penting dalam mempengaruhi pembelajaran bahasa kerana ia
menyediakan pelajar dengan kemungkinan untuk terlibat secara aktif,
menghasilkan perbualan yang relevan dab berlatih menggunakan bahasa sasaran.
Implikasi
buku ini, ialah pembaca dapat memahami penggunaan aplikasi di media sosial
dengan lebih jelas dan pembaca dapat memahami setiap kajian yang digunakan
dalam buku ini.
Noraien
Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala
Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Harga
Buku: RM60
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu12KelasAmali
#5November2019
#MediaSosialDiHati
No comments:
Post a Comment