Friday 13 December 2019

BBM3410Satu2019- KETIKA DAN KALIMAT

KETIKA DAN KALIMAT

BBM3410 Multimedia dalam Bahasa banyak mengajar saya serta kawan-kawan tentang erti kehidupan yang sebenar. tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Prof Normaliza amat membantu untuk mempositifkan tentang matlamat hidup saya. Subjek ini telah membuka mata saya bahawa, kos yang saya ambil ini iaitu Linguistik Melayu skop kerjanya tidaklah sempit. Sebenarnya sangat luas. Prof telah mengajar kami bahawa kos kami ini boleh mencenuri bidang fotografi, pembuatan iklan, pembikinan video serta movie dan lain-lain lagi.

Seterusnya, banyak kisah suka duka sepanjang mempelajari subjek ini. Yang paling saya marah, sedih dan kecewa adalah apabila saya dah selesai edit video untuk Vlog Konvokesyen boleh pula video tersebut hilang. Masa itu saya rasa saya seperti manusia yang dah hilang akal. Hahahahahaha. Nasib ada kawan yang membantu saya untu membuat video itu semula.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu D'Rose Production yang telah banyak menjayakan video serta tugasan yang telah diberikan oleh Prof. Yeah kita mampu harungi semua tugasan ini dengan jayanya. Tahniah semua!!!

Kami tidak akan lupa jasa Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.. Terima kasih Prof... Semoga kita berjumpa lagi.




No comments:

Post a Comment

GAMBAR BERSAMA KALENDAR

1. Muka hadapan kalendar 2. Bulan Januari 3. Bulan Februari 4. Bulan Mac 5. Bulan April 6. Bulan M...