Thursday 26 September 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini


Cerita yang tidak dapat dilupakan 




Pada cuti semester yang lalu, saya perlu melalui latihan industri bagi memenuhi kehendak pihak universiti untuk memolehkan para pelajar bergraduasi dengan cemerlang. 24 Jun 2019 adalah tarikh hari pertama saya menjalani latihan industri. Hati saya berdegup kencang dan gemuruh kerana latihan industri ini adalah perkara yang baru bagi saya. Saya menjalani latihan industri saya di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah (PDTSI).

Alhamdulillah, saya telah laluinya dengan tenang sekali. Saya memperolehi ramai kenalan baru. Pekerja di PDTSI sangat ramah dan tidak lokek berkongsi ilmu. Saya juga telah menghadiri jamuan raya unit-unit yang ada di PDTSI. Makanannya semua sedap-sedap berlaka.

Semasa saya menghadiri latihan industri ini, saya juga telah memasuki kawad pada hari kebangsaan iaitu pada 31 Ogos 2019. Ini pengalaman pertama saya memasuki kawad di di sektor pekerjaan. Walaupun saya telah tamat tempoh latihan industri pada 10 Ogos 2019, tetapi semangat saya untuk terus memberikan komitmen di tempat latihan industri saya sangat tinggi.


No comments:

Post a Comment

GAMBAR BERSAMA KALENDAR

1. Muka hadapan kalendar 2. Bulan Januari 3. Bulan Februari 4. Bulan Mac 5. Bulan April 6. Bulan M...