Sinopsis Cerita Sosial 1 : Nenek dan Atuk
Cerita ini mengisahkan tentang budak lelaki yang bernama Alim. Nenek dan atuk Alim tinggal di Kajang. Kampung Alim di Kajang ini merupakan nenek dan atuk sebelah ibunya, manakala sebelah ayahnya pula berada di Melaka. Alim lihat sahaja reban ayam dan itik tersebut kosong, Alim terus menangis kerana dia sangkakan ayam dan itik peliharaan nenek dan atuknya telah mati. Alim juga menangis kerana persekitaran di dalam rumah nenek dan atuknya telah lain. Suasana kampung yang berlainan membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat.
Rujukan : Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi karya Normaliza Abd Rahim (2019) Penerbit Universiti Malaysia Terengganu
Jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran
cerita sosial tersebut
1. Multimedia Interaktif
Pengguna dapat mengawal keseluruhan elemen multimedia tersebut. Cerita sosial tersebut boleh diterbitkan di dalam aplikasi permainan. Sebagai contoh, cerita Alim ini boleh dibuat sebagai permainan seperti Alim bermain dengan ayam dan itik.
2. Multimedia Hiperaktif
Mempunyai struktur dengan elemen elemen berkait yang dapat diarahkan oleh pengguna melalui tautan. Sebagai contoh laman web tersebut menyiarkan kisah nenek dan atuk. Pembaca dapat membaca kisah tersebut di dalam laman web tersebut.
3. Multimedia Linear/Squential
Multimedia yang lurus dan bukannya yang jenis berinteraksi. Sebagai contoh cerita sosial nenek dan atuk ini boleh ditayangkan dalam bentuk filem, movie dan siaran televisyen.
No comments:
Post a Comment