Instagram Minggu 6
Saturday, 19 October 2019
Thursday, 10 October 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa
Ulasan Bab 6
Blog adalah sebuah laman sesawang yang boleh digunakan
sebagai alat penyampaian ilmu kepada masyarakat. Blog juga boleh digunakan
untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari dan juga boleh digunakan
untuk tujuan perniagan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Menurut
Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), blog juga merupakan salah satu cara
berkomunikasi antara penulis blog dengan pembaca, pembaca dengan pembaca yang
lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya. Blog juga
merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau
tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Di dalam buku ini juga, penyelidik
telah menggariskan panduan bahawa menulis blog mesti memenuhi syarat-syarat
menulis (Ferdig & Trammell,2004).
Selain
itu, di dalam buku ini Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan 10 cara
menulis blog dengan baik. Pertama ialah, tajuk yang menarik yang boleh menarik
perhatian pembaca. Kedua, cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Ketiga,
masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih
menarik. Keempat, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan
penulisan anda. Kelima, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Keenam, gunakan
perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ketujuh, dapat dibaca dan difahami. Kelapan,
dapat berkomunikasi dengan pembaca. Kesembilan, masukkan moral dan nilai
estetika dalam penulisan anda. Kesepuluh, berilmu untuk peulisan pendidikan.
Di
samping itu, di dalam bab ini juga terdapat hasil kajian penyelidik. Objektif
pertama penyelidik adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan penggunaan
blog untuk menulis melalui perspektif-perspektif pelajar-pelajar Korea. Penyelidik
telah mengambil sampel seramai 60 orang responden lelaki dan perempuan yang
secara sukarela daripada 6 kelas bahasa Melayu.
Seterusnya,
di dalam bab 6 ini, terdapat gambar rajah yang berwarna dan menarik iaitu graf
bar bagi menunjukkan keputusan dan perbincangan. Terdapat tiga gambar rajah graf
untuk menunjukkan blog di dalam pengajian kesusasteraan, blog dalam
pembelajaran bahasa dan blog di dalam pembelajaran teknologi. Dalam graf 6.1 ini menunjukkan perspektif responden
tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. Genre kesusasteraan yang di
maksudkan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Graf 6.2 pula menunjukkan peratusan cara
menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa yang berbeza oleh kedua-dua
responden lelaki dan wanita. Graf 6.3 menunjukkan bahawa penulisan blog
membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi.
Kesimpulannya,
keseluruhan bab 6 ini sangat lengkap, jelas dan terperinci tentang apa itu
penulisan blog serta keputusan yang dilakukan oleh penyelidik jelas menunjukkan
bahawa blog membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan
pembelajaran teknologi.
Thursday, 3 October 2019
BBM3410satu2019: SUATU KETIKA
Keluargaku, Syurgaku
Assalammualaikum rakan-rakan sekalian, hari ini saya akan ceritakan serba sedikit tentang keluarga kesayangan saya. Keluarga saya terdiri daripada 5 orang. Saya mempunyai 3 orang adik beradik. Ayah saya bernama Zulkifle Bin Ahmad Adnan. Umi saya bernama Fadzilah Binti Hashim. Saya mempunyai 2 orang adik. Seorang perempuan dan seorang lagi lelaki. Yang perempuan bernama Nur Zulfatul Fakhira dan yang lelaki pula bernama Muhammad Zulfan Fatihin. Mereka masih lagi bersekolah.
Keluarga saya penuh dengan kasih sayang dan harmoni. Jika salah sorang daripada kami sakit, kami akan cepat-cepat membawanya ke klinik atau hospital. Kami sangat menjaga antara satu sama lain. Saya sangat sayang keluarga saya. Semoga kasih sayang ini berpanjangan hingga ke syurga......
Pen merah,
Pen biru,
Ayah umi marah,
Tandanya mereka sayang pada you.
Wednesday, 2 October 2019
BBM3410Satu2019: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH
Semoga BERJAYA
Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat dan dipermudahkan segala urusan... Aminn
Tuesday, 1 October 2019
BBM3410Satu2019 : Bird's eye view ( D'Rose Production)
Bird's eye view
Bird's eye view merupakan cara penangkapan gambar daripada sisi mata seekor burung.
3 Gambar
Wah tenangnya apabila melihat air di dalam kolam tersebut. Warna air yang berwarna biru, membuatkan jiwa seseorang itu damai. Jadi bagi sesiapa yang stress dengan masalah sekeliling bolehlah mandi di mana-mana kolam yang ada.
hati-hati bagi orang yang takut tinggi dan juga gayat dengan ketinggian. Sekali anda tersalah langkah, maut padahnya. Walaubagaimanapun gambar ini sangat cantik kerana dengan adanya cahaya lampu pada waktu malam ia kelihatan seperti bintang yang berkelipan.
Hah bagi sesiapa yang tidak tahu di mana anda parking kereta, marilah kita lihat di sisi atas tempat kereta tersebut. Anda pasti akan menjumpai kereta anda dengan senang.
BBM3410Satu2019 : Over the shoulder ( D'Rose Production)
Over the shoulder
Over the shoulder ialah gambar yang diambil bersama-sama dengan bahu seseorang untuk dijadikan seperti penanda gambar tersebut ataupun pemandangan daripada belakang.
3 gambar
Warna merah dan pink menjadi pilihan bagi D'Rose Production untuk bergambar. Kelihatan gadis-gadis D'Rose Production sangat ayu dan cantik. Semoga ukhwah kita selamanya sayang.
Eh awak, tidak panas ke berswafoto di tengah panas tu? Inilah perempuan, bila bergambar tidak kisah dengan keadaan cuaca sekeliling.
Alahai comelnya awak semua ini. Berpelukkan sesama sendiri menunjukkan bahawa kalian sangat akrab dan sayang antara satu sama lain.
BBM3410Satu2019 : Mug Shot ( D'Rose Production)
Mug Shot
Mug shot ini tidak jauh beza dengan Close-Up. Penangkapan gambar yang secara dekat dan lebih jelas butirannya. Selalunya gambar Mug Shot ini digunakan untuk menangkap gambar muka banduan.
3 Manusia dengan emosi berbeza
Gambar pertama menunjukkan emosi sedih. Berkemungkinan si pemilik gambar ini sedih kerana tidak dapat makan makanan kesukaannya. Bersabarlah ye awak.
Gambar kedua pula menunjukkan emosi marah. Si pemilik gambar ini berkemungkinan marah kerana, barang kesayangannya telah di curi oleh seorang manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak berhati perut.
Gambar ketiga, merupakan gambar gembira. Si pemilik gambar mungkin gembira apabila tajuk PITAnya telah diterima oleh pensyarah. Tahniah awak.
BBM3410Satu2019 : Medium Shot ( D'Rose Production)
Medium Shot
Medium shot merupakan gambar yang di tangkap pada jarak yang tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh.
3 Gambar Manusia
Walaupun gambar ini di ambil di celah-celah rimbunan semak samun, tetapi ia kelihatan sangat cantik. Dengan adanya warna yang kontra antara biru dan hijau, ia membuatkan gambar tersebut kelihatan sangat seimbang.
Putih-putih melati, merah-merah delima, siapa yang baik hati, sudah tentu saudara bertiga. Wah gembira sungguh wajah mereka ini.
Sudah cantik, hendak cantik macam mana lagi mereka ini. Sudah anggun, nak anggun macam mana lagi mereka ini. Mungkin mahu seperti seorang puteri yang akan berkahwin dengan raja mungkin.
3 Pemandangan dan manusia
Kembar yang tidak dapat dipisahkan. Sama cantik, sama bijak, tetapi berlainan perangai. Seorang pemalu, seorang tidak berapa pemalu. Sekali imbas apabila melihat mereka pasti akan keliru.
Tenang sungguh si gadis bertudung merah bersama dengan payung kesayangannya. Kemana sahaja dia pergi, pasti akan dibawanya. Bak kata pepatah seperti isi dengan kuku.
Jaga-jaga! payung itu sudah macam hendak terbang sahaja. Nanti hilang pula payung kesayangan kawan anda itu. Itu harta pinjaman, pulang semula ya nanti.
BBM3410Satu2019 : Long Shot ( D'Rose Production)
Long Shot
Long shot merupakan gambar yang di ambil pada jarak yang jauh.
3 Pemandangan
Gambar di atas menunjukkan gambar jalan yang paling terkenal untuk ke Bukit Ekspo. Keseimbangan kiri kanan pokok tersebut membuatkan pemandangan ini kelihatan redup dan tenang sahaja.
Gambar di atas kelihatan seperti di kawasan pergunungan, tetapi gambar ini hanyalah di Bukit Ekspo UPM.
Sungguh indah ciptaan Allah. Pemandangan di pesisiran laut yang sangat tenang. Gambar ini merupakan di Langkawi semasa ahli kumpulan kami bercuti di sana.
3 Pemandangan dan manusia
Gambar ini semasa ahli kumpulan turun dari Bukit Ekspo untuk pulang ke kolej masing-masing selepas penat mengambil gambar untuk tugasan multimedia.
Kelihatan seorang gadis yang bertudung labuh sedang berjogging di kawasan Bukit Ekspo yang tenang damai tersebut.
Kelihatan 3 orang pelajar sedang bermain dan kelihatan mereka sangat ceria dan seronok pada ketika itu. Gelak tawa mereka yang kedengaran dari jauh lagi menampakkan mereka seperti sudah lama kenal dan kelihatan sangat akrab sekali.
BBM3410Satu2019 : Close-up ( D'Rose Production)
Close-up
Close-up merupakan gambar yang di ambil pada jarak yang dekat dan butirannya sangat jelas.
Close-up manusia
Pada gambar ini kelihatan sepasang kembar iaitu seorang kakak dan adik telah berpisah untuk menjayakan tugasan multimedia yang telah diberi. Mereka ini merupakan kembar seiras. Bersabarlah wahai kembar, nanti kau akan bertemu semula dengan kembarmu.
Eh eh eh si Mira ni, tak panas ke baring atas jalan tar tu??? emm demi multimedia yang dicintainya sanggup berpanas atas jalan tar. Tabah sungguh hatimu Mira. Mira ini dia asalnya dari Kedah. Pekat betul loghatnya bila bercakap dengan kawan-kawan.
Cantik sungguh rupamu wahai Ina Sabahan. Payungmu yang berwarna warni sebagai latar belakang gambar membuatkan ke ayuanmu terserlah. Payung yang berwarna warni menampakkan bahawa kehidupanmu sunguh ceria.
Close-up bukan manusia
Ikan merupakan hidupan laut. Ikan di atas warnanya seperti kuda belang kerana mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.
Warna unggu pada bunga tersebut sangat tenang. Walaupun bunga ini daripada pokok semalu, tetapi dia tidak malu untuk mekar dengan cantik dan indah.
Embun pagi, merupakan salah satu air yang tergolong di dalam air mutlak. Air embun boleh dibuat sebagai air wudhu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
GAMBAR BERSAMA KALENDAR
1. Muka hadapan kalendar 2. Bulan Januari 3. Bulan Februari 4. Bulan Mac 5. Bulan April 6. Bulan M...
-
1. Post ini menceritakan tentang kata dan kalimat 2. Tiada yang lebih indah apabila saya dapat menikmati angin laut ketika saya sedan...
-
Lagu & Lirik : Profesor Dr.Normaliza Abd Rahim Hak Cipta : Universiti Putra Malaysia Saya kata "Apa khabar" Dia jawab &quo...