Thursday, 10 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


Ulasan Bab 6

Blog adalah sebuah laman sesawang yang boleh digunakan sebagai alat penyampaian ilmu kepada masyarakat. Blog juga boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), blog juga merupakan salah satu cara berkomunikasi antara penulis blog dengan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya. Blog juga merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Di dalam buku ini juga, penyelidik telah menggariskan panduan bahawa menulis blog mesti memenuhi syarat-syarat menulis  (Ferdig & Trammell,2004).
            Selain itu, di dalam buku ini Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik. Pertama ialah, tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Kedua, cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Ketiga, masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Keempat, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Kelima, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Keenam, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ketujuh, dapat dibaca dan difahami. Kelapan, dapat berkomunikasi dengan pembaca. Kesembilan, masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Kesepuluh, berilmu untuk peulisan pendidikan.
            Di samping itu, di dalam bab ini juga terdapat hasil kajian penyelidik. Objektif pertama penyelidik adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan penggunaan blog untuk menulis melalui perspektif-perspektif pelajar-pelajar Korea. Penyelidik telah mengambil sampel seramai 60 orang responden lelaki dan perempuan yang secara sukarela daripada 6 kelas bahasa Melayu.
            Seterusnya, di dalam bab 6 ini, terdapat gambar rajah yang berwarna dan menarik iaitu graf bar bagi menunjukkan keputusan dan perbincangan. Terdapat tiga gambar rajah graf untuk menunjukkan blog di dalam pengajian kesusasteraan, blog dalam pembelajaran bahasa dan blog di dalam pembelajaran teknologi. Dalam  graf 6.1 ini menunjukkan perspektif responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan. Genre kesusasteraan yang di maksudkan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun.  Graf 6.2 pula menunjukkan peratusan cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa yang berbeza oleh kedua-dua responden lelaki dan wanita. Graf 6.3 menunjukkan bahawa penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi.
            Kesimpulannya, keseluruhan bab 6 ini sangat lengkap, jelas dan terperinci tentang apa itu penulisan blog serta keputusan yang dilakukan oleh penyelidik jelas menunjukkan bahawa blog membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi.

No comments:

Post a Comment

GAMBAR BERSAMA KALENDAR

1. Muka hadapan kalendar 2. Bulan Januari 3. Bulan Februari 4. Bulan Mac 5. Bulan April 6. Bulan M...